Saturday, 22 April 2017

KECEKAPAN TENAGA

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan 'KECEKAPAN TENAGA'


Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat berhemat dan bijak sana dari kata lain, tindakan yang menggunakan tenaga yang sikit untuk menyempurnakan tugasan yang sama. Dengan adanya amalan kecekapan tenaga, kita dapat menjimatkan lebih banyak tenaga dan wang. Selain itu kita juga dapat mengelakkan pembaziran dari terus berlaku.



Suruhanjaya Tenaga [ST]

Suruhanjaya Tenaga Malaysia [ST] ditubuhkan sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industri tenaga dimajukan dengan cekap agar Malaysia bersedia untuk menghadapi cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya dalam industri bekalan tenaga.

Mengapakah Kecekapan Tenaga itu penting?

  Tenaga elektrik adalah satu keperluan penting dalam kehidupan.  Setiap hari kita menggunakan peralatan – peralatan elektrik.  Dalam dunia yang serba maju ini, kita semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.
  
  Selain itu, penggunaan tenaga secara cekap juga akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah.




Barang-barang elektrik yang cekap tenaga.


Setiap barangan elektrik akan dilabelkan dengan 'Label Cekap Tenaga'. Tujuan label ini adalah untuk membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.

Bintang dalam label ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga.

 Kecekapan tenaga yang paling rendah bermula dari satu sehingga kecekapan yang paling tinggi iaitu lima bintang.


Kesan-kesan pembaziran tenaga elektrik
Pembaziran wang untuk membayar bil elektrik.

Meningkatkan kadar pemanasan gobal.

Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar.

Menjejaskan tahap keseimbangan (equilibrium) alam sekitar.

Menjadi ikutan anak - anak.

Memendekkan lagi jangka hayat peralatan dan sambungan - sambungan elektrik di           rumah atau pejabat.

Cara-cara penjimatan tenaga elektrik

Matikan lampu dan televisyen atau lain peralatan elektrik apabila tidak menggunakannya. Pada siang hari, apabila di luar terang, buka langsir supaya cahaya matahari menyinari ruang dalam rumah daripada menyalakan lampu.

Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila penghawa dingin dihidupkan. Ini menyebabkan alat penghawa dingin bekerja kuat dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk menyejukkan rumah.

Apabila keadaan di luar adalah hari yang panas, jemur baju di luar daripada menggunakan alat pengering.

Jangan biarkan air menitik di pili air. Periksa setiap sinki dan bilik air di dalam rumah untuk kebocoran. Kebocoran membazirkan air. Kebocoran pili air panas membazir air dan tenaga.

Matikan alat pengering pinggan mangkuk sebaik sebelum kitaran pengeringan dan biarkan udaranya kering.

Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka. Fikirkan terlebih dahulu apa yang anda ingin ambil dari peti sejuk.

CONTOH CARA-CARA JIMAT ELEKTRIK





1 comment: